Contoh Karangan

       Pada suatu hari ketika saya pulang dari kedai runcit,saya terdengar bunyi mengiau.Bunyi mengiau itu datang dari longkang yang berdekatan dengan saya.

       Dengan segera, saya berjalan ke arah longkang itu untuk melihat apa yang terjadi.Saya nampak seekor anak kucing yang comel hampir lemas di dalam longkang yang dipenuhi air.Tanpa membuang masa,saya mengangkat anak kucing itu keluar dari longkang tersebut.

       Selepas mengeluarkan anak kucing itu,saya mengeringkan badan anak kucing dengan tali leher saya.

       Tanpa berfikir panjang ,saya membawa anak kucing itu pulang ke rumah.Di rumah saya merawat anak kucing dengan meletakkan ubat.Saya juga memberi sepiring susu segar untuk anak kucing itu.

        Oleh sebab saya sekeluarga tiada haiwan peliharaan,ibu dan ayah membenarkan saya untuk memelihara anak kucing itu.Saya membagi nama Tomu kepadanya

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Bercuti Ke Pulau Pinag

Contoh Karangan Suasana Semasa Hari Kantin